ATTENTION : Blog ini ditulis mengikut kehendak dan citarasaku dan suka hatiku.. jadi, JANGAN BANYAK COMPLAINT!

it's my birthday yo!

31 years old!

muda belia lagi...*ayat sedapkan hati sendiri*

bersyukur Allah masih lagi beri peluang untuk aku meneruskan hidup. Allah masih lagi beri peluang untuk mendapat kasih sayangNya.Allah masih lagi beri kenikmatan hidup. Ya Allah, hanya Kau yang tahu bertapa bersyukurnya aku, walaupun aku insan yang setiap hari melakukan kesalahan.

hurm..terima kasih juga kat semua orang yang wish birthday through sms,call or kat fb. entah la, agaknya memang tak la rasa excited sangat kot nak sambut birthday bila dah dewasa ni. kalau orang bagi hadiah tu rasa excited la juga kan! hahahah tak lah macam waktu remaja dulu, bila nak sambut birthday rasa berdebar. berdebar nak tengok berapa orang bagi hadiah and aku selalu mintak hadiah kat bestfriend aku sampai girlfriend dia pun jeles! *ada aku kesah! haha* janji aku dapat hadiah. macam buruk perangai pula kan, tapi zaman hingusan kan. sekarang tak lagi dah hahahha

banyak plan sebenarnya nak buat tahun ni. semoga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga, amin. antara hajat/azam besar tahun ni juga nak turunkan berat and alhamdulillah, berat dah makin menurun and tinggal lebih kurang 6kg lagi nak ke healthy BMI! happy giler iouls! *flip hair*

ok..ok...ramai juga tanya bila nak kahwin. ok..paham...tapi jodoh tak ada lagi.macam mana nak kahwin kan? tak tahu la bila nak jumpa jodoh tu. ni mesti ramai yang tanya time cousin kahwin bulan april depan. dah tak stress langsung dah jawab soalan macam ni. cuma malas dah nak jawab hahahaha. jangan pandai tanya je kan? doa-doakan lah or carikan calon ke? hahahahaha! jodoh, pertemuan tu semua kat tangan Allah. aku just berusaha je.kalau sampai waktunya nanti, ada lah tu, insyaAllah.

today... i'm just want to have fun... celebrate my 31st birthday!

ngeri!

untuk merialisasikan azam 2013, aku dah start joging dah. almost 2 bulan dah. gigih la lepas subuh pergi joging. ramai juga joging kat tempat tu. sebab tempat tu depan perumahan, so time pagi-pagi tu ramai lah budak sekolah tunggu bas, orang nak pergi kerja, tak adalah aku rasa seram sangat.

TAPI.....

pagi tadi lepas aku joging, nak balik rumah, lalu kat jalan memang selalu aku lalu la. ada satu rumah tu gate dia terbuka sebab keluarkan kereta nak pergi kerja. so kat depan rumah dia tu ada anjing dia tengah berkeliaran.aku buat tak tahu je la sambil lalu. tiba-tiba anjing tu lari kearah aku sambil menyalak. aku cemas sambil tu aku jerit. tuan dia yang nampak tu terus marah anjing dia tapi anjing tu meluru pula kat kawan aku. memang macam nak terkam la. kawan aku pun jerit then tuan dia pun jerit. anjing tu terus patah balik masuk rumah sambil tuan dia kejar anjing tu tapi dengar dia cakap maaf kat kami. maaf kepala hotak dia!

aku memang geram betul. kalau la anjing tu sentuh kami berdua, memang dan-dan tu juga aku nak ajak kawan aku report polis. aku dah pernah nampak anjing ni kacau seorang auntie tengah naik basikal. sejak tu bila lalu depan rumah tu aku tengok anjing tu ada kat mana. tapi malang sungguh pagi tadi sebab aku ingat bila tuan dia ada, dia tak lah meroyan macam anjing gila! ni kalau mama tahu, mau dia tak bagi lagi aku pergi jogging.

mulai esok, terpaksalah aku bawa kayu time pergi jogging. kot lah kalau anjing tu nak mengganas lagi, aku hentak je dengan kayu and kalau dia kacau kami lagi, kami akan report kat pihak berkenaan.

Dugaan.


2013... cepatnya masa berlalu...


 unofficially, 31 years old, ambik kau! 

bila orang tanya tersipu-sipu nak bagitahu umur. alah.. apa ada pada umur*ayat penyedap hati sediri* yang penting, ada lagi manusia ingat aku 20an lagi hewhewhew. yang lagi teruk, ada ingat aku ni umur 24-25, baru ambil degree. siap tanya belajar kat uitm jengka ke? phewwww! letih akak nak jawab dik,terpaksa bagitahu umur sebenar (T-T)

azam tahun 2013.

first thing first, plan apa yang patut sebab if you fail to plan,you plan tu fail katanya...
ni antara plan duniawi la.. yang plan untuk akhirat tu simpan sendiri cukup. ye tak?

1) nak KURUS *ni azam dari sekolah rendah lagi tapi tak pernah tercapai. sedih tak?*

2) kumpul duit nak pergi melancong luar semenanjung. *ceh..selangor pun tak habis pusing..boo!*

3) nak tukar kerja.*ni pun dah berapa tahun punya azam. azam bertambah kuat bila time boss meroyan*

4) nak kahwin. *ada ke orang yang nak? (T-T)*

5) nak beli mesin jahit.

6) nak jadi manusia yang lebihhhhhh RAJIN.

7) think positif selalu ;)


ni je lah yang dapat difikir setakat ni.


HAPPY NEW YEAR 2013!
 May all our new year resolution and dreams comes true. amin...